Wednesday, May 17, 2006 

Hati nan sayu

entah mengapa air mata aku bagaikn nk menitis bila membaca cerita mengenai Alesha Abriza Shamsul. Terasa sayu apabila terpaksa berhadapan dengan suasana kematian. pemergian yang tidak dirancang. Senyuman kali terakhir diukirkan oleh bayi itu untuk ibunya sedikit sebanyak dapat mengubati kesayuan seorang ibu. sepanjang lebih kurang 190 hr ibu membawa kandungan tetapi hanya dapat bersama dengan bayi hanya150 hr. Mungkin haya dengan 150 hr itu seseorang ibu tak berasa puas untuk membelai bayinya, semoga Puan Zaimah tabah mengharungi dugaan tersebut. al Fatihah buat Alesha Abriza Shamsul. walaupun aku x penah kenal siapapun mereka, namun kesayuan yg melanda mlm ini adalah untuk mereka.

trima kasih Na atas kisah yg dikongsi bersama.

 

Poster lagi

(model poster kellylah-tko)

ni la poster ke2 utk mlm ke2... keje aku dok rosakkan muka org je... muka aku sendiri xmo djdkn poster... aku xmo publisiti :p...

Ok poter ni untuk cerpen yg bakal aku siapkan, mungkin tidak bersiri. Rahsia Hati... biarlah ia menjadi rahsia... sbb tu aku x bg sinopsis cite ni kat sini... ehehehe...

 

Poster!!! Poster!!!

huhu... selama 2 mlm bturut2 aku edit gamba org utk jd poster... hasilnya...
(model poster adalah azuramistic (TKO) dan daniel)

tu poster untuk cerpen bersiri Semurni Kasih Setulus Sayang. Karya aku sendiri. sebut pasal cerpen ni dia sebenarnya ada 5 kisah atau 5 bab atau 5 buku. Skrang ni Kisah 1:kasih yang abadi da disiarkan di TKO. untuk setakat tarikh hari ni Kisah 1 ni da disiarkn sehingga episod 4. Setiap kisah mengandungi 5 episod.

Semurni Kasih Setulus Sayang : kasih yang abadi
Kisah ini menceritakan kesetiaan seorang isteri yang bernama Murni menjaga suaminya sedang koma. Murni terpaksa berhadapan dengan gangguan seksual di pejabatnya, namun dia tetap tabah bertugas sebagai setiausaha di situ. Sehingga pada satu tarikh di mana dia diberhentikan kerja kerana bergaduh. Bertambah tenat apabila doktor yang merawat suaminya meminta persetujuan untuk menarik balik pkhidmatn ventilator yang digunakan oleh suaminya. Bagaimana kesudahannya, sila jenguk D' TKO.

Semurni Kasin Setulus Sayang : rahsia yang terpendam
Masih lagi dalam proses pembikinan

Semurni Kasin Setulus Sayang : rahsia kian terbongkar
Dalam proses draf storyboard

Semurni Kasin Setulus Sayang : mulanya sebuah kisah
Sudah 25% siap

Semurni Kasin Setulus Sayang : kisah berakhir
Dalam proses draf storyboard

ucapan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu, mereka ialah aliamaisaraTKO[story board consultant] farisyaTKO & wati[ japanese language teacher] aieza_amiraTKO,nazaKK, An-NisaaKK & mitmiemaKK[critique n inspiration] iloveuKK[medical reference]

Monday, May 15, 2006 

Geng Penunggu Skype

Semenjak KK ditutup agak lama krn masalah teknikal, penunggu tetap KK mencari alternatif untuk 'btemu' dan 'bborak' bsama krn kami da mcm teman rapat wpun tak pernah btemu (masa tu blm wujud lg gath kat genting nu). Pd mulany kami menggunakan media YM conf utk 'btemu' malangny ada antara kami yg mgalami masalah lagging apabila mgunakn media itu.

shingga pd 1 hr, kami bramai2 spakat mdonlot skype... hasilnya smpi ke hr ini kami masih lagi menggunakan media Skype utk btemu...

huhu... mmg best bsama mrk...
shii
cha
ann
yin
mas
pia
am
max
adi
paklang
anis

aku akn igt korg smpi bila2...

Thursday, May 11, 2006 

Istimewa...

~dariMINDAku~ dengan kerjasama ShaRa Virtual Movies dan 'Z' Zerq's Multimedia mempersembahkan faiez arieff dalam sentuhan ilham "Istimewa"

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa


Mungkin perkataan cantik terlalu rendah untuk mengungkapkan kejelitaan wajahnya. Segala puisi indah dan lagu yang merdu juga tidak boleh mengungkapkannya. Bukan saja jelita pada wajah yang dimiliki. Penampilan yang sopan dan ringkas, membuatkannya begitu istimewa.

Nurul Janna, pelajar tahun satu di sebuah Institusi Pengajian Tinggi itu sering menggamit pandangan siswa-siswa, dari tahun satu hingga tahun akhir. Dengan penampilannya yang bertudung membuatkan siswa terpaut padanya. Sudah ramai cuba
memikat, namun hanya kecewa yang menjadi jawapan pada setiap proposal.

Gadis itu yang murah dengan senyuman itu membetulkan lipatan tudung. Jari mulusnya menyelak buku rujukan. Begitu khusyuk dia menelaah pelajaran bersama dua rakan yang lain. Dia tidak terfikir untuk mengambil jurusan itu. Terbayang kesukarannya apabila merenung pada nama, Mekatronik, Mekanikal campur Elektronik, memang susah.

Kehendak ayah diturutkan. Untuk menjadi anak yang baik, tidak elok jika menderhaka. Mungkin ayah mempunyai maksud yang tersirat di sebaliknya. Selain kursus itu, kampus pengajiannya turut dipilih ayah. Jarak kampus yang jauh dari kampung halaman membuatkan dirinya tertanya-tanya, namun dipendamkan saja.

Selang beberapa meja di hadapan gadis ayu itu terdapat sepasang mata yang merenung wajah jelita itu. Amir tersenyum, bagaikan sudah berjanji, gadis itu pasti memilih untuk duduk selang beberapa meja di hadapannya. Cantik, macam puteri, kalaulah aku dapat.

Buku rujukan di tangan sudah tiada lagi di minda. Hanya gelagat gadis berkulit putih kemerahan itu saja menari-nari di fikiran. Pemuda berkulit cerah itu masih lagi merenung wajah selamba Nurul Janna tanpa gadis itu menyedari.

Spontan Nurul Janna menangkat muka, merenung sesuatu yang sedang menontonnya. Senyuman mesra diukirkan, senyum itu sedekah, tak mampu nak sedekah duit, sedekah senyuman cukuplah. Matanya masih lagi merenung Amir yang sedang kalut menyembunyikan muka. Mungkin malu direnung sebegitu. Hairan dengan telatah Amir yang lain dari siswa lain. Selalunya siswa pasti akan membalas senyuman lalu menghampiri dan menegur.


Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa


Amir merenung jalan raya empat lorong di hadapannya. Kenderaan berlalu dengan pantas, berdesup perginya. Buku nota dipegang kemas, membelek dan menulis sesuatu. Dengan ketenangan di pinggir bukit itu dia dapat mengulangkaji pelajaran.

Tangan pemuda tinggi dan sasa berambut lurus pendek yang sedang menulis terhenti. Dia tidak tahu mengapa dia begitu berminat dengan kejelitaan gadis junior itu. Bukannya tiada yang meminatinya, tapi kesemua yang cuba
merapati membuatkan Amir berasa rimas.

Dia tahu tak seharusnya dia berfikir mengenai mencari pasangan ketika ini. Pada masa ini dia harus menumpukan perhatian kepada pengajian. Tanggungjawab terhadap keluarga harus dilaksanakan, dia perlu belajar dengan bersungguh-sunguhh bagi membantu keluarga kelak. Tapi, kesempurnaan yang dimiliki oleh pelajar junior itu benar-benar membuatkannya terpukau.

Baginya gadis itu mempunyai keunikan. Sukar untuk mengungkapkan, tapi itulah apa yang diperhatikan selama ni. Cara berpakaian yang sopan dan mematuhi aturan agama membuatkannya begitu istmewa. Tidak melampau jika dikatakan keayuan gadis itu lebih sempurna dari sekelian gadis yang ada di IPT itu. Malah tidak keterlaluan jika kesempurnaan itu tidak dapat menandingi semua gadis yang ditemui.

Langkahnya dihayunkan menuju perpustakaan. Mencari beberapa buku rujukan yang perlu. Tidak terlintas langsung di hatinya untuk bertemu gadis tersebut. Dari jauh Amir melihat ke arah meja yang selalu dihuni oleh gadis yang selalu menghiasinya. Hanya seorang gadis saja yang menghuninya. Dia pasti bukan itu orang yang dicari walaupun kepalanya dilentukkan.

Rak buku kejuruteraan menjadi sasaran setelah buku nota diletakkan di atas meja. Meja yang setia menjadi peneman. Beberapa buku dibelek dan dikeluarkan kerana isinya berkaitan dengan apa yang ingin dirujuk. Lantas dia berpatah balik ke meja setelah berpuas hati dengan buku-buku yang diambil.

Haruman yang bertamu dihidung membuatkan dia beralih tumpuan. Dia pasti mengenali siapa yang berlalu di sebelah kerana haruman itu sudah biasa dihidu. Amir mendongak, melihat perlakuan gadis yang membawa haruman unik, bukan haruman pewangi. Penampilannya masih lagi ringkas dan sopan bertudung. Telatah gadis yang ceria, tidak lokek dengan senyuman membuatkan dia terlepa dengan apa yang sedang dilakukan.

Buku nota dan peralatan lain diletakkan bersebelahan buku nota rakannya. Nurul Janna menyiku rakannya yang sedang tidur. Lalu dia menuju rak buku kejuruteraan, mencari buku yang berkaitan. Beberapa buku dikeluarkan dan dibawa ke meja. Kerusi ditarik dan punggungnya dilabuhkan dengan sopan.

Matanya yang kecil merenung buku rujukan dan menulis isi-isi penting. Kepalanya diangkat, wajah siswa yang sedang merenungnya memenuhi ruangan mata. Renungan mata siswa itu dibalas dan dipakejkan dengan senyuman. Bukan untuk menggoda, sekadar mewujudkan suasana mesra.

Alamak, dia tenung pulak. Kali ni tak boleh kalah. Amir tersenyum, ceria. Matanya masih lagi merenung gadis itu. Tidak terlintas di hatinya untuk mengurat siswi itu. Wajah yang jelita ditambah dengan keayuannya bertudung membuatkan sesiapa saja pun akan terpukau.

Amir kalut, siswi yang direnungnya kini berdiri dan menghampiri. Namun dikikiskan perasaan malu dan gelisah. Lega hatinya. Sangkaannya meleset. Gadis ayu itu berlalu melepasinya. Dadanya diurut perlahan.


Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang


Mindanya dibiarkan melayang jauh dari celah logik. Mencari fantasi yang mungkin dapat menenangkan hatinya. Yang boleh menyerikan harinya. Amir mengeluh perlahan, wajah gadis itu seringkali mendominasi fantasinya.

Mengapa harus aku mimpikan dirinya, sedangkan aku sendiri pun tidak pernah mengenali. Hanya merenung dan memerhati dari jauh. Berbual pun tak pernah, masakan dapat bersama dengannya.

Bukan sahaja fantasi didominasi oleh wajah tersebut, malah mimpinya bagaikan diarahkan oleh gadis itu. Sepanjang mimpi pasti muncul wajah berseri dengan senyuman manis. Angau ke aku ni? Amir tersenyum sendiri. Mana mungkin dia dapat persama dengan gadis iras puteri raja itu.

Berangan aje lebih. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman. Tapi kenapa aku asyik teringatkan dia. Kenapa aku rasa dia begitu istimewa. Sedangkan ramai lagi yang lebih jelita. Ah… studystudyexam dah dekat ni.

Tersentak Amir apabila haruman yang biasa dihidu bertamu di hidung. Hamper terlepas buku dipegangan apabila sepasang mata yang mempesona sedang menonton gelagatnya. Tersipu-sipu Amir dibuatnya. Dia tidak biasa diperhati sedemikian. Apatah lagi yang memerhati adalah wanita, lebih-lebih lagi gadis yang diminati.

Kelakarlah siswa ni. Boleh berangan kat rak buku. Hensem juga. Ala
, hensem macam ni mesti dah ada girl. Nurul Janna menekup mulut. Kesopanan dan kelembutan harus dijaga. Secara tidak sengaja buku yang di dalam pelukan terlepas. Hampir menimpa kaki siswa di hadapannya.

Spontan Amir mengambil buku tersebut. Tertera tajuk VB6 for Dummies. Belajar programming rupanya. Lantas dia menghulurkan buku tersebut.

“Terima kasih saudara... Saya Nurul Janna, Mechatronic Engineering part one. Saudara Amir Ashraf, part six. Am I right?”

Terkedu Amir. “Macamana Nurul Janna tau nama saya?”

“Biasalah. Junior kena kenal senior.” Panggilan telefon membuatkan perbualan mereka terhenti di situ. Lantas Nurul Janna berlalu keluar. Dia tidak mahu mengganggu rakan yang lain sedang mentelaah.

Amir hanya memerhatikan dari jauh. Terselit perasaan bangga di hatinya. Iye la, secret admire kenal aku. Tersengih lagi. Posisi masih lagi sama. Buku besar dibelek lagi. Menyemak sama ada buku itu berkaitan dengan apa yang mahu diulangaji.

“Abang Amir.” Sapaan itu membuatkan dia terkejut. Memandang wajah pemanggil dalam-dalam. Empunya wajah membiarkannya menatap sepuas hati. “
Ada orang nak jumpa?”

“Siapa?” Amir hanya menurut gadis itu kerana lengan bajunya ditarik. “Nurul Janna nak bawa saya ke mana?”

“Ikut aje.”

Di luar perpustakaan berdiri satu tubuh. Tangan dihulur bagi mengundang kemesraan dengan berjabat tangan. “Apa kabar Amir?”

“Sihat. Pak Samad macamana?”

“Sihat juga. Sebenarnya pak cik memang menyenangi Amir sejak amir melapor diri untuk Latihan Industri di tempat pak cik.”

Amir kurang faham akan maksud Pak Samad. Dahinya berkerut. “Apa maksud Pak Samad?”

“Senang cerita ginilah. Sebenarnya Nurul ni anak pak cik dan pakcik berkenan nak jadikan Amir ni menantu pak cik.”

Hah, hampir terpengsan Amir dibuatnya. “Betul ke ni?” Pipinya dicubit, perit. Nyata bukan mimpi.

“Betul. Nurul pun suka dengan Amir jadi pak cik rasa tak salah.”

“Tapi...”

“Takde tapi lagi, lepas kau grad pak cik nak korang bersatu.”


Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tangan isteri yang bersuhu dingin itu diraih. Cincin disarungkan sebagai tanda mereka sudah diikatan dengan akad pernikahan. Amir tersenyum melihat Nurul Janna yang menyambut tangannya lalu dikucup. Bagaikan mimpi, kini dia sudah bergelar suami kepada junior, Nurul Janna.

Dengan ikatan itu dia berikrar akan cuba membahagiakan Nurul Janna. Akan sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk isteri. Akan menjadi suami yang terbaik hanya untuk Nurul Janna. Segalanya yang terbaik untuk Nurul Janna, akan diusahakan sedaya mungkin.

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih
asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa


Amir tersenyum memerhatikan isterinya mengenakan jubah. Kelihatan anggun berbaju kurung cream dan diselimuti jubah biru kehijauan. Pak Samad meninggalkan tanggungjawab yang rela dipikul kepadanya. Pemergian Pak Samad sebulan selepas pernikahan mereka memberikan alasan dan sebab mengapa dia mahu Amir memperisterikan Nurul Janna. Tiada siapa lagi yang boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga wanita istimewa itu.

Nurul Janna berbangga dengan kejayaan yang dicapai. Tidak sia-sia dia belajar bersungguh-sungguh selama tiga tahun. Dan pada hari itu dia tahu mengapa ayah bersungguh benar mahu dia belajar di situ. Mata galak itu merenung manja Amir yang duduk memerhatikan langkahnya turun dari pentas.

ini adalah istimewa modified edition, klik sini untuk genuine version for TKO.
hasil sentuhan ilham faiez arieff. (the making of)

Friday, May 05, 2006 

Sunsilk Segar Murni...

nape la aku letak tajuk tu... bukannya apa... aku rs best plak tgk iklan tu... ala iklan dia yg baru tu... yg pempuan tu bersiap-siap nk p umah mak (tatau la mak dia ke mak mertua dia) tukar2 tudung byk kali... sbb tu lambat smpi umah mak tu... pastu dia nk betulkn (aku pun tatau nk betulkn ke apa) tudung dia kat toilet, pastu tnampak syampu sunsilk limau purut. last skali dia pakai selendang hijau muda... husband dia call mak kata x jd nk p mlm tu sbb diorg ada hal... then husband dia bawak p kat bukit yg ade view kl...


sebenar-benarnya aku nk tau tajuk lagu latar x pun lirik lagu tu. dah berzaman x dpt2... so klu ade sesapa yg da dptkn lagu tu... bg ler kat aku... jasa yg diberikan amatlah dihargai...

 

dariMINDAku...

nasib baik da ade title... huhu...

So Ni kali pertama aku ber blog... harap ampun & maaf kalau ade salah silap...

hehehe...