Monday, February 08, 2010 

Hidup Mesti Terus : Fajr Ta'aruf

'Hidup harus diteruskan.' Frasa yang sering ditutur oleh rakan-rakan bila mendengar luahan aku. Bukan aku yang mahu meluahkan isi hati aku, segalanya terhambur akibat desakan mereka. Sebolehnya rasa duka ini biarlah rahsia. Biar senyum tawa mengaburi pandangan mata mereka, namun pandangan mata hati mereka mampu melihat kedukaan itu. Telefon bimbit kuraih, bunyinya menandakan mesej baru berada di dalam inbox.

[1 message received]
[Salam...Bro wasap?r u ok?]

Dari gaya penyampaian, aku sudah dapat meneka siapa pengirimnya. Belum sempat aku membalasnya satu lagi mesej menderu masuk.

[1 message received]
[Assalammualaikum...Z ok ke ni?Smlm In msg Z x reply.In call x bjawab.Z ada prob ke?]

Aku terkedu, minda bagaikan berhenti tugasnya untuk berfikir. Ku tarik nafas sedalammya. Untuk apa dia menghubungiku. Risau? Kenapa dia tak pedulikan permintaanku, 'Tak usah pedulikan aku lagi.' Susah sangat ke? Aku beralih pada mesej pertama, tanpa hiraukan mesej tersebut.

[Salam bro... ok je.wasap?nk ajak mnembak ke?]
[message sent]

[1 message received]
[Uik?mnembak?kata ko nk btapa.da abes btapa ke?]

[Blm lg.tp aku bwk je D80 aku,nk tgk ko nembak.]
[message sent]

[1 message received]
[Aq plan nk p nembak kat Pasir Layar, aq tunggu ko kat sana.klu ko lmbt aq nembak sorg.]

Aku mengemaskan kelengkapan yang dimuatkan dalam beg berwarna hitam. Aku menyandang beg tersebut lalu menghampiri motosikal Honda 125Wave. Itulah aku, lebih suka menunggang dari memandu. Belum sempat aku menghidupkan enjin, telefon bimbitku berbunyi. Hati berkira untuk mengabaikan mesej yang masuk itu. Lambat-lambat kukeluarkan telefon bimbit dari dalam saku.

[1 message received]
[Z,we need to talk,plz.]

Persoalan hati, 'Bagaimana ingin aku teruskan hidup jika ada yang mengganggu emosi?' Aku masih lagi berdiri di motosikal. Pada mulanya, aku berasa aku perlu bertemu dengannya, tapi lama-kelamaan perasaan tersebut fade out dan menghilang. Perasaan benci mula terbit sehinggakan hatiku berkata, 'ignore jelah!'

Aku menghidupkan enjin motosikal lalu memecut keluar dari kawasan perumahan. Seolah-olah memecut meninggalkan segalanya mengenai dia di belakang. Biarlah segalanya ditinggalkan, aku mahu mindaku tenang. Menyusuri akar pohon bakau, melihat burung raja udang bertenggek menanti makan tengah hari, segala bayangan itu memberikan sedikit ketenangan padaku. Dengan bayangan pun sudah teruja, pasti bila mengalaminya sendiri akan menyamankan dan menenangkan.

Bunyi hon angin berpanjangan menghilangkan segala bayangan tadi. Dentuman kuat mengembalikan aku ke dunia yang nyata. 'Astaghfirullahal'azim. Allahuakbar.' Aku tak dapat melafazkan apa-apa lagi. Segala yang ada pada diri ini hanya pinjaman, jika sudah sampai masa, haruslah dipulangkan kepadaNYA.

Sunday, December 27, 2009 

apa yang terjadi padaku?

tarikhnya 17 dis 2009
apa yang terjadi? kita buat teka gambar je la ye...

Friday, November 02, 2007 

Semurni Kasih Setulus Sayang : Kisah 4... siap???

hehehe... br je siap... pasni kena buat kisah 2 & 3... pastu kena edit2 kisah 1... pastu kena buat kisah 5 plak...
huhu...

ending kisah 4? ni sikit sedutan dari endingnya...

Fahmi membelai rambut isterinya. Dia berdoa agar bahagia yang ada tatkala ini kekal menjadi miliknya. “Kanda nak macam ni, happy ending. Macam dalam fairy tales biasanya dia akan sebut, happily ever after.”

Friday, October 26, 2007 

Cuti...

aku da seminggu bercuti dr berkarya... hurm...

perkembangan... mcm xde... cuma Semurni Kasih Setulus Sayang : Kisah 4 da 80% siap...

nk kena tunggu kisah 2 & 3 siap sepenuhnya br upload kat TKO. pastu kena buat Kisah 5 la plak... hehehe... Mungkinkah Bersama masih dlm keadaan sebegitu, penulisnya sedang bz... hehehe...

Sandaran Hati nnt kot... blh siap nnt...

Thursday, October 18, 2007 

bersama kembali...

salam...

mungkin dah setahun blog aku xde entry... cian ek... xpe2... aku try la adekan entry... untuk masa ni aku tgh cuba siapkan...

Semurni Kasih Setulus Sayang : Kisah 2 [60% siap]
Semurni Kasih Setulus Sayang : Kisah 3 [20% siap]
Semurni Kasih Setulus Sayang : Kisah 4 [60% siap]
Semurni Kasih Setulus Sayang : Kisah 5 [blm ada storyboard]
Sandaran Hati (Rahsia Hati ~the extended) [blm ada storyboard]

faiza emma eizra sedang menyiapkan
Mungkinkah Bahagia [30% siap]

aku suruh dia alter storyboard cite ni, sbb aku nk masukkan epilog Rahsia Hati dan prolog Sandaran Hati... kira cam crossover la... hehehe...
aku tak tau bila sumer ni blh siap... tp lepas siap sumer ni... aku nk berehat panjang...

Saturday, November 25, 2006 

~kosong~

itu dia, mindaku kosong, tatau camne. fikiran skarang ni ttumpu pd jawatan br yg aku mohon di jabatan lain yg juga di bawah pentadbiran lain dan semestinya juga bidang yang lain.

aku bagaikan tertaksuk (ceh guna ayat br nmpk, maksud ayat ni obses, sumber TKO) dgn jwtn yg aku mintx ni. insyaALLAH ada peluang dan rezki dpt J29 aku nk buat kenduri kesyukurn, segala perbelanjaannya akan aku tanggung guna gaji pertama atau kedua aku. mmg hampir mustahil dgn permohonan yang melebihi ratusan ribu dan peluang hanya sekitar 50 - 100 kekosongn mbuatkn ada yg mgatakan aku brangan mgapai bintang kejora. aku bukannya terlalu mengharap, takkan sampai tensen hingga membunuh diri. sekadar myedapkn hati. temuduga diadakan pd bulan dis dan pengambilan pd bln jan, terasa begitu bruntung jika aku dpanggil utk dtemuduga dan syukur yg amat sgt jika ditakdirkan aku mnerima tawaran. bukannya apa, aku dah penat tinggal d tempat yg namanya dah aku blask listkan, maksudnya yg aku x suka nk jejak kembali. semoga d tempat baru, semangat baru, minda baru, perangai baru.

aku sering ttanya, adakah aku dikategorikn sbg golongan yg x bsyukur, krn aku da ada jwtn memohon jwtn lain, sedangkn ramai lg yg x bjwtn. tp dr apa yg aku dpt ekstrak dr pesanan mak aku, aku bknnya x bsyukur, brusaha utk bhijrah kpd yg lbh baik, itu juga dituntut.


begitu pjg entry pd kali ni, x pdn dgn tajuk... hehehe...

Wednesday, October 18, 2006 

introducing... faiza emma eizra...

salam ramadhan... hehehe... da nk raya da pun... br nk buat entry utk ramadhan...

Spt yg aku da maklumkn, aku skarang ni tgh bz menyiapkan Semurni Kasih Setulus Sayang. tp dlm ms yg sama, aku bz mbantu kemunculn penulis baru. (ehek... cam la baguz sgt aku ni...) nama pena dia faiza emma eizra cerpen sulung dia, merupakan cerpen pjg, yg mungkin akan muncul d TKO secara bsiri.

karya nukilannya berkisarkan kehidupan seorg gadis miskin anak yatim piatu yg baru lps gagal dlm percintaan berhijrah dan blaja di sbuah ipta yg jauh dr kg halaman. dlm usaha utk mnyara khidupannya d tempat yg x de sapa dikenali dan mengenali, dia bekerja sbg pembantu rumah di rumah yg dmiliki oleh seorg lelaki bujang....

ikuti kisah Mungkinkah Bersama yg bakal menemui d TKO

dariMINDAku
dengan bangganya memperkenalkan
faiza emma eizra
dalam sentuhannya yang berjudul
Mungkinkah Bersama
dengan sentuhan ilham bersama
faiez arieff