« Home | apa yang terjadi padaku? » | Semurni Kasih Setulus Sayang : Kisah 4... siap??? » | Cuti... » | bersama kembali... » | ~kosong~ » | introducing... faiza emma eizra... » | di manakah aku? » | Kursus ke Kurusus??? » | Bosannya... » | My Greatest Storyboard Consultant... » 

Monday, February 08, 2010 

Hidup Mesti Terus : Fajr Ta'aruf

'Hidup harus diteruskan.' Frasa yang sering ditutur oleh rakan-rakan bila mendengar luahan aku. Bukan aku yang mahu meluahkan isi hati aku, segalanya terhambur akibat desakan mereka. Sebolehnya rasa duka ini biarlah rahsia. Biar senyum tawa mengaburi pandangan mata mereka, namun pandangan mata hati mereka mampu melihat kedukaan itu. Telefon bimbit kuraih, bunyinya menandakan mesej baru berada di dalam inbox.

[1 message received]
[Salam...Bro wasap?r u ok?]

Dari gaya penyampaian, aku sudah dapat meneka siapa pengirimnya. Belum sempat aku membalasnya satu lagi mesej menderu masuk.

[1 message received]
[Assalammualaikum...Z ok ke ni?Smlm In msg Z x reply.In call x bjawab.Z ada prob ke?]

Aku terkedu, minda bagaikan berhenti tugasnya untuk berfikir. Ku tarik nafas sedalammya. Untuk apa dia menghubungiku. Risau? Kenapa dia tak pedulikan permintaanku, 'Tak usah pedulikan aku lagi.' Susah sangat ke? Aku beralih pada mesej pertama, tanpa hiraukan mesej tersebut.

[Salam bro... ok je.wasap?nk ajak mnembak ke?]
[message sent]

[1 message received]
[Uik?mnembak?kata ko nk btapa.da abes btapa ke?]

[Blm lg.tp aku bwk je D80 aku,nk tgk ko nembak.]
[message sent]

[1 message received]
[Aq plan nk p nembak kat Pasir Layar, aq tunggu ko kat sana.klu ko lmbt aq nembak sorg.]

Aku mengemaskan kelengkapan yang dimuatkan dalam beg berwarna hitam. Aku menyandang beg tersebut lalu menghampiri motosikal Honda 125Wave. Itulah aku, lebih suka menunggang dari memandu. Belum sempat aku menghidupkan enjin, telefon bimbitku berbunyi. Hati berkira untuk mengabaikan mesej yang masuk itu. Lambat-lambat kukeluarkan telefon bimbit dari dalam saku.

[1 message received]
[Z,we need to talk,plz.]

Persoalan hati, 'Bagaimana ingin aku teruskan hidup jika ada yang mengganggu emosi?' Aku masih lagi berdiri di motosikal. Pada mulanya, aku berasa aku perlu bertemu dengannya, tapi lama-kelamaan perasaan tersebut fade out dan menghilang. Perasaan benci mula terbit sehinggakan hatiku berkata, 'ignore jelah!'

Aku menghidupkan enjin motosikal lalu memecut keluar dari kawasan perumahan. Seolah-olah memecut meninggalkan segalanya mengenai dia di belakang. Biarlah segalanya ditinggalkan, aku mahu mindaku tenang. Menyusuri akar pohon bakau, melihat burung raja udang bertenggek menanti makan tengah hari, segala bayangan itu memberikan sedikit ketenangan padaku. Dengan bayangan pun sudah teruja, pasti bila mengalaminya sendiri akan menyamankan dan menenangkan.

Bunyi hon angin berpanjangan menghilangkan segala bayangan tadi. Dentuman kuat mengembalikan aku ke dunia yang nyata. 'Astaghfirullahal'azim. Allahuakbar.' Aku tak dapat melafazkan apa-apa lagi. Segala yang ada pada diri ini hanya pinjaman, jika sudah sampai masa, haruslah dipulangkan kepadaNYA.